Sunday, July 22, 2012

Panduan Pendaftaran Pelajar Matrikulasi 2012


PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SESI 2012 / 2013

1.0          PENDAHULUAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2012/2013.

Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan.

2.0          JAWAPAN KEPADA TAWARAN

Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk ;

2.1               Menolak Tawaran - Abaikan tawaran yang diterima dan tidak perlu mendaftar.
2.2               Menerima Tawaran - Saudara perlu mengambil tindakan berikut;
a.       Menyediakan yuran pendaftaran (pengajian) seperti yang ditetapkan dengan membayar kepada Pengarah Kolej Matrikulasi saudara ditempatkan. 
b.       Membuka  akaun  untuk tujuan pembayaran elaun wang saku:
i.         Akaun GIRO  dan  membuat  Kad  ATM  Bank Simpanan Nasional, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
Kolej Matrikulasi Melaka / Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan / Kolej Matrikulasi Pulau Pinang / Kolej Matrikulasi Perlis / Kolej Matrikulasi Johor / Kolej Matrikulasi Perak / Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
ii.   Akaun  dan  membuat  Kad  ATM  Bank Rakyat, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
Kolej Matrikulasi Kedah / Kolej Matrikulasi Labuan / Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah / Kolej Matrikulasi Selangor/ Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang .
iii.    Akaun dan membuat Kad ATM Bank Islam, jika saudara ditempatkan di kolej berikut:
        Kolej Matrikulasi Pahang.
        Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan  akaun masih aktif dan hanya ada satu penama sahaja.
c.       Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).
d.       Menyediakan semua dokumen dan melengkapkan Dokumen Peribadi Pelajar.
e.       Mendaftar  di kolej pada tarikh yang ditetapkan.

3.0          YURAN

3.1               Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah,

                Jurusan
Jumlah
Sains ( PST /PDT) /Teknikal
RM 550.00
Perakaunan
RM 480.00

3.2               Pembayaran hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa bersama-sama salinan surat tawaran. Pembayaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran di kolej.

4.0          PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

4.1          Saudara dikehendaki melapor diri pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran ini.

4.2               Sila bawa bersama-sama semua perkara berikut pada hari pendaftaran:-
a.       Slip yuran pendaftaran yang telah dijelaskan di BSN bersama salinan fotokopi.
b.       Surat tawaran yang dicetak melalui internet .
c.       Dokumen Peribadi Pelajar yang lengkap diisi (dicetak melalui internet).
d.      Borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan pelajar matrikulasi yang lengkap diisi  dalam dua salinan (dicetak melalui internet).
e.       Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping (RM 10.00 x 2 keping).
f.        Gambar berwarna berukuran pasport (minimum 4 keping)
g.       Keperluan harian peribadi (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).

4.3               Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia wajib tinggal di kolej kediaman yang ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal di luar kolej kediaman tidak akan dilayan.

5.0          PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN

Penampilan kemas dan sopan sebagai pelajar kolej matrikulasi KPM.

6.0         MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU
               
Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman.

7.0          PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI

7.1               Pelajar Lelaki
a.       Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 sm. lebarnya.
b.       Berkasut kulit / PVC.

7.2               Pelajar Perempuan
a.       Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.
b.       Berkasut kulit / PVC bertutup.
                     
8.0          PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

8.1          Calon yang telah berkahwin tidak layak untuk mendaftar dan pelajar tidak dibenarkan berkahwin sepanjang tempoh mengikuti pengajian program matrikulasi.
8.2          Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kolej.





1.0   BANTUAN KEWANGAN

9.1          Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
9.2          Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 atau sebanyak yang ditetapkan akan diberi kepada semua pelajar pada setiap semester.


10.0        URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN

Saudara perlu mengurus sendiri kedatangan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan.

11.0        PENUTUP

Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila hubungi kolej dimana saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran, bayaran yuran dan sebagainya.
                                   
                                                                                                                                                                Lampiran 1
KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)

Pelajar Lelaki

1.     Kemeja berlengan panjang
3 helai
2.     Seluar panjang ( slack) berwarna gelap
3 helai
3.     Tali leher
1 helai
4.     Baju Melayu (Pelajar Islam)
1 pasang
5.     Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam)
1 buah
6.     Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam)
2 pasang
7.     Baju T berkolar
3 helai
8.     Selimut
1 helai
9.     Kasut kulit/ PVC
1 pasang
10.   Kasut sukan
1 pasang
11.   Sarung kaki
3 pasang
12.   Seluar trek
2 helai
13.    Keperluan peribadi yang lain

14.    Sarung bantal dan cadar


Pelajar Perempuan
1.     Pakaian  (sopan dan kemas).
3 pasang
2.     Pakaian sembahyang (Pelajar Islam)
2 pasang
3.     Baju T berkolar dan berlengan panjang
       serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki
2 helai

Borang Maklumat Pelajar Matrikulasi 2012


**SILA LENGKAPKAN BORANG INI DAN SERAHKAN KEPADA URUSETIA SEMASA HARI PENDAFTARAN.
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
MAKLUMAT PELAJAR
Nama Pelajar : _________________________ No. KP : __________________________
No. Matrik : __________________________ Tarikh Lahir : ______________________
Agama : ___________________ Keturunan : ____________________
Alamat :
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
No. Telefon Rumah : __________________________ Telefon Bimbit : ________________________
MAKLUMAT BAPA
Nama Bapa : ____________________ No KP Bapa : ______________________
No Telefon Bapa : ________________ Keturunan Bapa : ___________________
Pekerjaan Bapa : ___________________ Jumlah Pendapatan : _________________
Tanggungan : _______________________
MAKLUMAT IBU
Nama Ibu : ________________________ No KP Ibu : __________________________
No Telefon Ibu : _________________ Keturunan Ibu : ______________________
Pekerjaan Ibu : ____________________________
Hubungan Ibu/Bapa : _________________________________

Surat Tawaran Matrikulasi 2012


BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 6-7, BLOK E15
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA


"SATU MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Rujukan Kami : KP(BM) 05/005/001(27821)
Tarikh : 25 April 2012
             3 Jamadil Akhir 1433H
xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
(K/P : 94021408xxxx)
NO MATRIK : MSxxxxxxxx
NO.I2 TAMAN xxxxxxxx 
JALAN xxxxxxxxxx
33400 LENGGONG
PERAK

Saudara,

TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SESI 2012/2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara telah ditawarkan untuk mengikuti Program Matrikulasi  Satu Tahun (PST)  Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013.

Jurusan
:
M001-SAINS
Tempoh
:
1 TAHUN (2 SEMESTER)
Kolej
:
KOLEJ MATRIKULASI PERAK-KMPk
Tarikh Pendaftaran
:
28 MEI 2012

2.   Saudara perlu mendaftar pada tarikh yang ditetapkan. Jika saudara  tidak melapor pada tarikh tersebut, saudara dianggap menolak tawaran ini.

3.   Tawaran ini terbatal serta-merta jika saudara berstatus bukan warganegara Malaysia atau maklumat permohonan tidak benar.

Sila berhubung terus dengan kolej pengajian saudara untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendaftaran.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CINTAILAH BAHASA KITA"

Saya yang menurut perintah,


Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
 

 Ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.