Monday, January 24, 2011

Kemasukan Ke MRSM Dan SPB 2011

Ramai pelajar yang menduduki peperiksaan PMR sedang menunggu keputusan ke MRSM dan asrama penuh (SBP).Bagi SPB dah pun dapat keputusan 3 daripada 4 pelajar PMR 8A mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh.Semuanya ke utara,tak Kedah dapat Penang.Semalam aku buka internet kemasukan ke MRSM pula diumumkan. Seorang dari 10 orang pelajar aku dapat ke MRSM Lenggong.Yang peliknya yang lain tidak mengisi borang ke MRSM,tak tahulah mereka lupa ke apa.Yang dapat tu 7A 1B ,B nya Bahasa Inggeris.syukurlah dapat juga mereka bersaing dengan pelajar yang lebih bijak.

Wednesday, January 19, 2011

Lawatan PPD Ke Sekolah

Hari ini aku ke sekolah seperti biasa ,biasanya aku bertolak ke sekolah jam 6.43 pagi.Selepas menghantar anak aku di sekolah rendah aku terus ke sekolah tempat aku mengajar.Sampai je ke sekolah aku perhatikan ada kelaianan kerana ada sebuah kereta Proton Wira,sah lah PPD dah sampai.Rupanya dia datang pukul 5.30pagi untuk melawat kawasan sekolah aku.Biasalah orang besar-besar.Tepat jam 7.20 loceng dibunyikan dan sekali lagi jam 7.25 pagi.Pelajar semua berkumpul mengikut unit berunifom masing-masing.Aku memberitahu ketua unit supaya memberi arahan ,daripada unit Puteri Islam hinggalah ke Kadet Polis.Kemudian satu arahan untuk semua unit bersedia.Nampak perjalanan perhimpunan kemas dan rapi.Biasalah budak sekolah aku,kalau nampak orang pelik sikit pasti mereka akan menjadi kemas dan baik.Antara ucapan PPD ,sekolah aku mesti dijadikan yang terbaik di Hulu Perak.Maklumlah sekolah sultan.Mungkin hari-hari terakhir PPD bertugas sebelum bersara banyak nasihat nak diberi.

Wednesday, January 5, 2011

Tugas Aku Di Sekolah

1.Guru Displin
2.Setiausaha 2 Jadual Waktu dan Guru ganti
3.Ahli Jawatan kuasa PPSMI
4.Setiausaha Disiplin dan Sahsiah Pelajar
5.Penyelaras Badan Beruniform
6.Ahli Jawatan Kuasa Bilik Peralatan Kokurikulum
7.Setiausaha Perhimpunan Sekolah
8.Guru Penasihat Sepaktakraw
9.Guru Penasihat Kadet Remaja Sekolah
10.Guru Penasihat Kelab Sains dan Matematik
11.Guru Penasihat Rumah Sukan Hang Tuah

Menyiapkan Buku Rekod

Hari ni dah hari Khamis,semua cikgu sibuk menyiapkan buku rekod pengajaran daripada sukatan pelajaran ke rancangan harian lepas tu rancangan mingguan .Kata pengetua kena hantar minggu ini sekurang-kurangnya mesti siap rancangan minggu pertama.Bagi aku tahun lepas kena ajar Matematik,Bahasa Inggeris dan Siviks tapi tahun ini berbeza sama sekali kena ajar IT dan Bahasa Inggeris dan Matematik sudah bukan option aku lagi.Matematik memang dah berpuluh tahun aku ajar tapi Bahasa Inggeris dan IT masih baru bagi aku.Walau macam mana pun itulah guru apa subjek pun kena sanggup mengajar.Kadang-kadang aku pelik juga guru Matematik dan Sains memang bersepah tapi guru bahasa sangat berkurangan.Jadi cikgu-cikgu pakar Bahasa Inggeris patut ada kat sekolah seperti kami ini.Macam mana nak tingkatkan mutu Bahasa Inggeris pelajar kampung...harap Pak Menteri boleh jawab.

Tuesday, January 4, 2011

Disiplin Pelajar Sekolah Hari Ini

Macam biasa tiap-tiap tahun cikgu akan berhadapan dengan disiplin pelajar.Bagi aku yang dah lama mengajar, disiplin pelajar di mana-mana sekolah semakin sehari semakin merosot.Kenapa aku kata begitu,banyak perlakuan pelajar yang menggambarkan mereka lupa mereka adalah pelajar.Pengaruh persekitaran jelas mempengaruhi budaya pelajar hari ini.Kata  ustaz punca maksiat dan keruntuhan moral pelajar hari ini adalah dari bumbung rumah.Mungkin ramai yang tertanya-tanya macam mana? Kalau ikut tv dengan siaran astro dan lain melalui satelit,telefon bimbit melalui gelombang juga dari udara,internet juga melalui udara.Kesemua ini jelas menjejaskan kehidupan pelajar hari ini.Mat rempit boleh tengok kat Youtube,tv dan majalah.Bukan yang baik tak ada,biasalah manusia suka yang mudah ,senang dan mendatangkan hiburan kepada mereka.

Minggu Pertama Persekolahan 2011

Minggu ini agak sibuk sikit maklumlah banyak persediaan nak dibuat.Perubahan besar adalah pengetua baru dan lagi suspen nak tunggu 17 jan.Kami guru lama ini mungkin akan ditukar ke sekolah sekitar Lenggong ,Kalau tak ke SEMTA tentulah Datuk Ahmad.Ramai yang pening ,ada yang kata memang patut tukar,ada pulak kata cikgu-cikgu ini tiang sekolah keluar mereka habislah sekolah.Yang dah pasti guru kanan pentadbiran dan guru kanan koku kena tukar yang lain standby.Aku pun termasuk dalam kategori guru wanted ini.Bagi aku orang suruh tukar-tukarlah nak buat macam mana,orang bawah kata kan tapi kalau tukar untuk kebaikan akau tak kisah tapi kalau hasilnya tiada faedah apa-apa tidak guna jugak..nanti aku sambung lagi bye.