NAMA : ............................................................................
JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SISWAZAH DG41
BERKHIDMAT KEPADA : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
.............................................................
SENARAI TUGAS
A. KURIKULUM
a) Guru Kelas 1A2
1. Merekodkan kedatangan pelajar
2. Memungut yuran sekolah
3. Membantu setiausaha PMR melaksanakan urusan pendaftaran peperiksaan
4. Mengurus kelas
5. Menguruskan keputusan peperiksaan pelajar
b) Mengajar
Bahasa Inggeris Tingkatan 2RKS, 2A2, 3RKA, dan 3A2
serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1RKS dan 1A2
1 Mengajar 24 waktu seminggu seperti jadual waktu yang telah ditetapkan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
2 Masuk kelas patuh pada jadual dan menepati masa
3 Menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan pengajaran
4 Merancang dan melaksanakan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar
5 Mengadakan kelas bimbingan seperti yang diarahkan
6 Menyediakan buku rekod mengajar dan melengkapkan segala maklumat
7 Menyediakan soalan ujian selaras dan peperiksaan penggal pada masa yang ditetapkan
8 Memberi dan memeriksa buku nota dan latihan harian, mingguan dan masa cuti kepada pelajar dan membuat tindakan sepatutnya terhadap kerja-kerja yang diberikan.
9 Merancang dan menyediakan soalan-soalan latihan, soalan pengukuhan dan soalan pemulihan bagi setiap kategori pelajar
10 Sentiasa memberi latihan kerja rumah sebagai mengukuhkan lagi kefahaman pelajar dalam setiap kemahiran
11 Menjadi guru ganti bila diarahkan dan tepat pada waktunya
12 Persediaan sebelum pengajaran dijalankan – nota, buku ringkasan, alat bantu mengajar
13 Menyediakan rancangan Pelajaran mengikut sukatan pelajaran dengan mengambilkira tahap kebolehan murid
c) Pemeriksaan Buku Latihan
- Menyediakan soalan-soalan peperiksaan
- Diperiksa setiap kali latihan kerja diberi
- Menyemak buku latihan
- Memberi ujian bulanan bagi menguji pencapaian pelajar untuk mengatasi kelemahan mereka
- Memberi ujian/peperiksaan seperti yang diarahkan mengikut jadual.
e) Tugas Am
1. Menyediakan buku rekod mengajar dan kemaskini. Lengkap segala butiran di dalamnya
2. Menjaga buku rekod mengajar dengan baik
3. Sentiasa patuh pada etika perguruan
4. Sentiasa berkhidmat ke arah kecemerlangan
5. Sentiasa bekerjasama dengan rakan sejawat, ketua jabatan, pegawai atasan dan orang awam.
B. KO-KURIKULUM
Ketua Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris
1. Membantu membentuk jawatankuasa persatuan dan mengatur rancangan tahunan.
2. Membantu memastikan rancangan yang telah diatur berjalan dengan lancar.
3. Membantu memastikan perjalanan kewangan dan keselamatan pelajar terjamin.
4. Memabantu menyelaras dan menyediakan kehendak dan kemudahan kegiatan persatuan.
5. Membantu menyediakan senarai AJK dan ahli biasa serta rancangan tahunan.
6. Membantu memastikan laporan tahunan kegiatan persatuan dan penyata kewangan disampaikan kepada penolong kanan kokurikulum.
7. Membantu memajukan kelab dengan memberik nasihat dan bimbingan kepada pelajar-pelajar dengan berbagai cara yang difikirkan sesuai.
8. Menulis laporan bagi setiap aktiviti yang diadakan.
9. Mengambil dan merekodkan kedatangan pelajar bagi setiap perjumpaan.
10. Memberikan sijil-sijil penghargaan kepada pelajar yang terbabit pada akhir tahun
Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
1.Membantu membentuk jawatankuasa persatuan dan mengatur rancangan tahunan.
2.Membantu memastikan rancangan yang telah diatur berjalan dengan lancar.
3.Membantu memastikan perjalanan kewangan dan keselamatan pelajar terjamin.
4.Memabantu menyelaras dan menyediakan kehendak dan kemudahan kegiatan
persatuan.
5.Membantu menyediakan senarai AJK dan ahli biasa serta rancangan tahunan.
6.Membantu memastikan laporan tahunan kegiatan persatuan dan penyata kewangan
disampaikan kepada penolong kanan kokurikulum.
7.Membantu memajukan persatuan dengan memberik nasihat dan bimbingan kepada
pelajar-pelajar dengan berbagai cara yang difikirkan sesuai.
8.Menulis laporan bagi setiap aktiviti yang diadakan.
9.Mengambil dan merekodkan kedatangan pelajar bagi setiap perjumpaan.
10.Memberikan sijil-sijil penghargaan kepada pelajar yang terbabit pada akhir tahun
11.Mengiringi pelajar ke program yang dianjurkan di peringkat daerah
Guru Penolong Rumah Sukan Kinabalu
- Membantu ketua rumah melantik AJK rumah
- Menggunakan segala daya usaha untuk menubuhkan pasukan rumah yang kuat
- Menguruskan segala hal yang berkaitan dengan pasukan rumah
- Mengawal keadaan disipin pasukan
- Melatih pelajar setiap masa sebelum dan semasa hari sukan bagi memastikan mereka dapat bersaing dengan cara yang sihat sepanjang hari sukan.
- Memastikan ahli jawatankausa yang ada dapat bertugas dengan sebaik mungkin bagi menjamin kecemerlangan sukan
- Menerapkan nilai semangat berpasukan ke dalam diri pelajar agar sentiasa memajukan diri untuk meaikkan rumah sukan
- Menerapkan semangat kesukanan bagi menggalakkan persaingans ecara sihat melalui sukan.
C. PENGURUSAN
Guru Bertugas Mingguan
1. Mengendalikan perhimpunan mingguan
2. Menguruskan hal ehwal kebajikan murid sepanjang minggu bertugas
3.Menghantar pelajar sakit ke klinik apabila perlu
4.Sentiasa bersedia menghadapai sebarang kecemasan sepanjang minggu bertugas
5.Memeriksa kebersihan kelas dan bilik-bilik kelas yang lain agar sentiasa dalam keadaan
yangbersih
6.Membuat pengumuman tertentu dari masa ke semasa
7.Mengawal disiplin pelajar dalam tempoh minggu bertugas
8.Menyediakan laporan bertugas guru mingguan.
a. Kehadiran guru
b. Kebajikan peajar
c. Disiplin
Kebersihan kawasan sekolah