PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SESI 2012 / 2013
1.0 PENDAHULUAN
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
(BMKPM) mengucapkan tahniah atas
kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi
Satu Tahun (PST) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2012/2013.
Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara
membuat persediaan sebelum mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang
ditawarkan tempat di kolej matrikulasi KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan.
2.0 JAWAPAN
KEPADA TAWARAN
Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk ;
2.1
Menolak Tawaran - Abaikan tawaran yang diterima dan tidak
perlu mendaftar.
2.2
Menerima Tawaran - Saudara perlu mengambil tindakan berikut;
a.
Menyediakan yuran pendaftaran (pengajian) seperti yang ditetapkan dengan
membayar kepada Pengarah Kolej
Matrikulasi saudara ditempatkan.
b.
Membuka
akaun untuk tujuan pembayaran elaun wang saku:
i.
Akaun GIRO
dan membuat Kad
ATM Bank Simpanan Nasional, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej
berikut:
Kolej
Matrikulasi Melaka / Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan / Kolej Matrikulasi
Pulau Pinang / Kolej Matrikulasi Perlis / Kolej Matrikulasi Johor / Kolej
Matrikulasi Perak / Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
ii. Akaun dan
membuat Kad ATM
Bank Rakyat, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
Kolej
Matrikulasi Kedah / Kolej Matrikulasi Labuan / Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
/ Kolej Matrikulasi Selangor/ Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang .
iii. Akaun
dan membuat Kad ATM Bank Islam, jika saudara ditempatkan di kolej berikut:
Kolej Matrikulasi Pahang.
Sekiranya
saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif dan
hanya ada satu penama sahaja.
c.
Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).
d.
Menyediakan semua dokumen dan melengkapkan Dokumen Peribadi Pelajar.
e.
Mendaftar di kolej pada tarikh yang
ditetapkan.
3.0 YURAN
3.1
Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian
ialah,
Jurusan
|
Jumlah
|
Sains ( PST /PDT) /Teknikal
|
RM 550.00
|
Perakaunan
|
RM 480.00
|
3.2
Pembayaran hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional
(BSN) dengan membawa bersama-sama salinan surat tawaran. Pembayaran secara
tunai atau cek peribadi tidak diterima
semasa pendaftaran di kolej.
4.0 PENDAFTARAN
PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada tarikh yang
ditetapkan. Sekiranya tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa
kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran
ini.
4.2
Sila bawa bersama-sama semua perkara berikut pada hari pendaftaran:-
a.
Slip yuran pendaftaran yang telah dijelaskan di BSN bersama salinan
fotokopi.
b.
Surat tawaran yang dicetak melalui internet .
c.
Dokumen Peribadi Pelajar yang lengkap diisi (dicetak melalui internet).
d.
Borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan pelajar matrikulasi
yang lengkap diisi dalam dua
salinan (dicetak melalui internet).
e.
Sediakan setem hasil RM 10.00
sebanyak dua keping (RM 10.00 x 2 keping).
f.
Gambar berwarna berukuran pasport (minimum 4 keping)
g.
Keperluan harian peribadi (SILA
RUJUK LAMPIRAN 1).
4.3
Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia wajib tinggal di kolej kediaman yang
ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal di luar kolej kediaman tidak akan
dilayan.
5.0 PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN
Penampilan kemas dan
sopan sebagai pelajar kolej matrikulasi KPM.
6.0 MINGGU PENGURUSAN
PELAJAR BARU
Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula pada
hari pendaftaran. Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB.
Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman.
7.0 PERATURAN
PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI
7.1
Pelajar Lelaki
a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan
berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 sm. lebarnya.
b. Berkasut kulit / PVC.
7.2
Pelajar Perempuan
a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.
b. Berkasut kulit / PVC bertutup.
8.0 PERATURAN
PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
8.1 Calon yang telah berkahwin
tidak layak untuk mendaftar dan pelajar tidak dibenarkan berkahwin
sepanjang tempoh mengikuti pengajian program matrikulasi.
8.2 Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan
bermotor di dalam kolej.
1.0
BANTUAN KEWANGAN
9.1 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
9.2 Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 atau sebanyak yang
ditetapkan akan diberi kepada semua pelajar pada setiap semester.
10.0 URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN
Saudara perlu mengurus sendiri kedatangan ke kolej
matrikulasi yang ditawarkan.
11.0 PENUTUP
Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih
kerana membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila
hubungi kolej dimana saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai proses pendaftaran, bayaran yuran dan sebagainya.
Lampiran 1
KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)
Pelajar
Lelaki
1. Kemeja berlengan panjang
|
3 helai
|
![]() |
2. Seluar panjang ( slack) berwarna gelap
|
3 helai
|
![]() |
3. Tali leher
|
1 helai
|
![]() |
4. Baju Melayu (Pelajar Islam)
|
1
pasang
|
![]() |
5. Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar
Islam)
|
1 buah
|
![]() |
6. Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam)
|
2
pasang
|
![]() |
7. Baju T berkolar
|
3 helai
|
![]() |
8. Selimut
|
1 helai
|
![]() |
9. Kasut kulit/ PVC
|
1
pasang
|
![]() |
10. Kasut sukan
|
1
pasang
|
![]() |
11. Sarung kaki
|
3
pasang
|
![]() |
12. Seluar trek
|
2 helai
|
![]() |
13. Keperluan peribadi yang lain
|
|
![]() |
14. Sarung bantal dan cadar
|
|
![]() |
Pelajar
Perempuan
1. Pakaian
(sopan dan kemas).
|
3
pasang
|
![]() |
2. Pakaian sembahyang (Pelajar Islam)
|
2
pasang
|
![]() |
3. Baju T berkolar dan berlengan panjang
serta item (8 - 14) seperti untuk
pelajar lelaki
|
2 helai
|
![]() |